Wednesday, June 10, 2009

Penjenayah Paku


Situasi ini sudah lapuk untuk diketengahkan dan dibicarakan. Namun, apabila AG melihat gambar di atas, AG memuji tindakan pasukan peronda PLUS Jambatan Pulau Pinang yang mengambil inisiatif untuk membanteras kegiatan tidak bermoral segelintir individu yang mahu mengaut keuntungan.

Pasukan peronda PLUS tersebut menggunakan magnet untuk mengesan dan memungut paku yang bertaburan di bahagian tepi lebuhraya jambatan tersebut. Begitu banyak paku yang ditaburkan oleh pihak tertentu. Kebanyakan paku mempunyai panjang sehingga 7 sentimeter.

Kegiatan ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan mekanik yang ingin mengambil kesempatan mengaut keuntungan jika tayar motosikal bocor kerana mengenai paku-paku tersebut. Lalu mereka akan mengendali banyak kes kebocoran tayar motosikal dengan punca yang dicipta oleh mereka sendiri. Dari situlah keuntungan yang mereka perolehi. Keuntungannya pula berlipat ganda bagi mereka.

AG sarankan semua pasukan peronda PLUS dan lebuhraya lain dapat mempergiatkan usaha mem'bersih'kan lorong motosikal di sepanjang lebuhraya, kerana kumpulan 'penjenayah paku' ini mensasarkan tayar motosikal sahaja, kerana mereka mudah memperbaikinya tetapi mengenakan bayaran yang agak tinggi disebabkan mereka membaikinya di lebuhraya. AG percaya pengguna motosikal juga amat khuatir jika mahu memulakan perjalanan di lebuhraya, lebih-lebih lagi pada waktu malam, kerana risau akan terkena paku yang ditabur dan menjadi mangsa 'penjenayah paku' yang semakin berleluasa kini.

Teruskan usaha membanteras kegiatan ini dan diharapkan pihak pengendali lebuhraya dapat menjalankan proses pembersihan paku dalam kala jadual yang sistematik. Kredit gambar kepada Berita Harian.

0 comments: