Saturday, June 13, 2009

House Yang Popular


Drama bersiri dari Amerika Syarikat, House yang dibintangi oleh aktor Britian, Hugh Laurie berjaya menundukkan saingannya untuk menjadi siri televisyen yang memiliki paling ramai penonton di dunia. Drama yang menampilkan Laurie sebagai pakar perubatan genius itu mengumpul 81.8 juta penonton di 66 buah negara yang telah membeli certia produksinya berbanding sejumlah 1.6 bilion penonton di seluruh dunia pada tahun lalu.

Jumlah penonton terkumpul dari seluruh dunia itu berjaya memadamkan rekod pemenang tahun sebelumnya iaitu CSI: Las Vegas yang mengisahkan kehebatan pasukan pakar forensik polis. Kedua-dua drama ini dilabelkan dalam kategori drama televisyen.

Manakala, bagi kategori siri komedi televisyen pula dimenangi Desperate Housewives untuk dua tahun berturut-turut dengan menewaskan siri Monk dan Ugly Betty apabila ia ditonton oleh 65.3 juta penonton pada tahun lalu.

Siri The Bold and the Beautiful yang juga rancangan terbitan AS dengan 24.5 juta penonton merupakan drama telenovela paling popular untuk dua tahun berturut-turut. Siri berkenaan menundukkan saingan utama dari Mexico iaitu telenovela Marina dan siri tempatan, The Young And The Restless.

4 comments:

haja said...

saya suka house
tapi saya belum ada masa untuk menonton semua seasons y ada

Fireroll said...

saya pun suka HOUSE tapi xcomplete nak tengok semua episode...apatah lagi seasonnya...
tapi mmg best...

Basuh Baju said...

pernah tgk house..mmg terbaek karakter dia.. dulu masa tgh dilema nak blaja doktor ke tak, tgk house ar..haha

Fireroll said...

setuju...
sebab drama bersiri dari AS banyak berkonsepkan penyiasatan dan modic, tapi drama ni yang menambat hati utk menonton. tapi sayang jarang ada masa utk menontonnya.