Semalam, hari Ahad, AG mendapat khabar kurang baik dari sahabat baik bahawa ayahnya terpaksa dimasukkan ke hospital lagi, kerana mengalami masalah jantung. Penyakitnya berulang. Cuma sahabat ini berasa agak serba salah setelah pulang ke UKM. Itu pun dia disuruh oleh maknya untuk pulang ke kampus kerana dia masih ada kertas peperiksaan dalam minggu ini. Dia sudah tiba di JB atas pertolongan abang angkatnya yang sudi menghantarnya terus ke JB. Dia agak terkilan kerana tidak dapat menemani ayahnya yang tidak sedarkan diri sehingga sekarang, maksudnya dia masih tidak berkesempatan untuk bercakap dengan ayahnya.
Tetapi tindakan maknya juga ada sebab munasabahnya. Manakan tidak, anaknya masih menduduki peperiksaan lagi di kampus. Namun, sahabat ini sudah mendengar penjelasan dari doktor tentang situasi semasa ayahnya, lalu menyebabkan dia agak keberatan untuk meninggalkan ayahnya di hospital. Tetapi apakan daya, dia tidak mahu mengecewakan harapan maknya juga pada waktu yang sama. Sekarang, dia tidak dapat nak tumpukan perhatian terhadap ulangkaji pelajarannya, kerana asyik memikirkan keadaan ayahnya.
AG berharap dia tabah dalam mengharungi keadaan semasa ini. Dia kena kuatkan semangat dengan menganggap apa yang dia lakukan di kampus juga (menghabiskan peperiksaan) adalah harapan ayahnya juga. Dia kena teruskan perjuangannya di kampus, dalam masa banyakkan berdoa kepada ayahnya, agar ayahnya cepat sembuh dari penyakit ketika ini. AG sentiasa juga berdoa untuk dia.
Hari ini, AG telah menerima berita gembira, iaitu En Isa, kakitangan yang rapat dengan AG di JPPel telah menerima anggota baru dalam keluarganya. Beliau telah mendapat cucu pertamanya, hasil perkahwinan anak perempuannya dengan anak sahabat sekerjanya di UKM. Alhamdulillah. AG masih terkenang pertolongan AG semasa mengendalikan majlis perkahwinan anaknya di Dewan Bestari pada lebih setahun lepas. Semoga kehadiran cucu dalam kehidupannya (dalam usia yang masih muda, hampir 50-an jugalah) sekurang-kuranganya dapat menceriakan dan membahagiakan suasana kekeluargaan selama-lamanya.
AG tumpang simpati dan sedih terhadap situasi yang berlaku kepada sahabat AG dan AG juga turut tumpang gembira apabila mendengar khabar gembira tentang kelahiran cucu pertama En Isa.
Sahabat Kembali Kepada Yang Maha Esa
-
*AL-FATIHAH *
*Assalamualaikum W.B.T*.apa khabar semua.aku harap korang sihat-sihat aje
insyaallah.Malam ni aku tak ade apa buat.Lepas siap assignment aku...
18 minutes ago










0 comments:
Post a Comment